Tuesday, December 14, 2010

mini ambo

salam..pada tanggal 30/12/10...menjadi hari bersejarah,,,karna pada lewat sore itu..aku dikurniakan Allah swt kurnia yg besar dlm hidup aku...rintih isteri sepanjang hari...derita sakit yg seperti tidak tertanggung setiap saat dan minit yang berlalu...memercikkan peluh juang yang tidak mungkin aku lupakan...air matanya setitik demi setitik mengalir dari hujung mata turun ke dagu...dari seawal jam 8 pg sehingga lewat 10 malam...tidak henti2 wanita ini berjuang untuk anak dan bahagia suaminya...Agung nya perjuangan mu isteriku...Terbit pula rasa marah dan kecewa yg menerajang dengan sikap misi2 kerajaan ini..bahasanya sudah cukup untuk membuatkan aku meludah dan meludah lagi ke mukanya..tapi biarkan..karna bukan dia yg menjadi tumpuan aku pada detik merah itu... isteri aku masih lagi tidak menunjukkan tanda2 maju..dengan kehendak Allah swt.. setelah seksa derita lebih dari 11 jam di bilik bersalin...barulah  para doktor telah memutuskan untuk meneruskan ke prosedur pembedahan...cara terakhir...lalu disiapkan isteri..dialih ke bilik bedah...dan aku hanya dapat menghantar sahingga ka pintu dewan bedah saja...duduk..berdiri..mengcangkung..melitup..menyandar apa saja telah aku lakukan utntuk menenangkan sesaat kebimbangan di hati...tepat jam 10.24 mlm..sayup2 kedengaran satu suara yang amat aku dambakan selama sembilan bulan ini....iya...itulah suara anak perempuan kami...yang telah selamat di lahirkan....selepas 2 jam di bilik pembedahan..buat pertama kalinya aku dapat melihat anak dan isteri aku ditolak keluar dari bilik pembedahan..isteriku hanya tersenyum padaku..senyuman yg sgt indah,,yg ternilai kemanisannya..seolah puas dan bangga karna dapat berkhidmat dan berbakti padaku dengan kurniaan Allah swt ini..dan anak ku disisinya..matanya dibuka perlahan2 dan sekejap tertutup....setinggi2 syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi dengan pemberian ini....RAISHA HANIIN AMANI BT MOHD HANIFF...

Tuesday, November 23, 2010

Mak

Mak,
Jangan menangis lagi
Melihatmu bersedih
Hati aku turut pedih
Mak,
Jangan menangis lagi
Melihat air matamu bergenang
Aku turut dilanda bimbang
Mak,
Jangan menangis lagi
Melihat wajahmu muram
Aku hanya mampu berdiam
Mak,
Aku ingin bungkuskan pelangi
Supaya kau tersenyum kembali
Aku ingin kalungkan bintang
Supaya kau tertawa riang
Tapi yang ku mampu
Hanyalah secangkir kopi
Buat pembalut sepi…

Kalau Bapak Mahu Bermain Api


 
Kalau bapak mahu
bermain dengan api
bapak harus tahu
mengepung liuk lentoknya
kerana api bukanlah api
jika tak gila menyambar
bila dibiar meliar 
 
Api adalah nikmat
kerana dengannyalah setiap hari
ibu memasak
makanan berkhasiat jadi enak
dan minuman hangat
yang mengirim semangat
ke dalam jantung kami
 
Tapi kalau bapak mahu
bermain juga dengan api
sekadar cuba-cuba
demi puja-puji
fikirlah seribu kali
bimbang kelak jadi abu
rumah kecil kita ini.
 

sabar dan tabah

setiap yang berlaku ada hikmahnya....
kepada sahabat ku sum dan isteri...
harap tabah dan sabar yang hebat
ada masa cuba lagi....

Sunday, November 7, 2010

CHE






Di masa pembangunan ini
tuan hidup kembali
Dan bara kagum menjadi api

Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.

MAJU

Ini barisan tak bergenderang-berpalu
Kepercayaan tanda menyerbu.

Sekali berarti
Sudah itu mati.

MAJU

Bagimu Negeri
Menyediakan api.

Punah di atas menghamba
Binasa di atas ditindas
Sesungguhnya jalan ajal baru tercapai
Jika hidup harus merasai



Maju
Serbu
Serang
Terjang
kau buat aku tua terlalu cepat..berdarah otak...pecah kepala..
berjanggut! berjembol!
melangok...melopong..
NGANGA....NGANGA lapang-lapang..biar terkoyak rahang....
biar menjejeh..biar meleweh..

aku mat kental dari sejarah sial....aku mat bunga dari selambak hapak...
rabak!!...lawak kutu berahak...pecah perot...

Sunday, October 31, 2010

MAJU

Ini barisan tak bergenderang-berpalu...
Kepercayaan tanda menyerbu.....
Sekali bererti.....
Sudah itu mati.

Monday, October 18, 2010

Jangan Risau.....

Jangan risau
Luka yang kau bekalkan ini
Cukup untuk seribu tahun lagi..

Tanya Diri...

andai nikah itu
klimaks cinta
apakah yang menanti
selepas...

Tak Sepadan....

Aku kira:
Beginilah nanti jadinya
Kau kawin, beranak dan berbahagia
Sedang aku mengembara serupa Ahasveros
Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu juga pintu terbuka
Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak ‘kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka

Friday, October 8, 2010

Melayukah kamu? Aku juga bukan melayu itu!!

Selama lbh 45 tahun tenaga kita diperah oleh bangsa MATA SEPET...apa jadi pada mereka sekarang?  Dan apa pulak yang  jadi pada penyanyi 60an?70an?80an?90an? zaman sekarang?....hanya tinggal kenangan aje..! jadi telaga-telaga kosong! Habok!! Apa jadi pada P.Ramlee? R.Azmi? anak2 mereka? Kenapa kita lambat sangat nak sedar?? Sudahlah kita ditindas oleh mat saleh.. Apakah kita mesti lagi ditindas? Muzik MELAYU!.....penyanyi MELAYU!.......pencipta MELAYU!.......penerbit MELAYU!......pembeli pon MELAYU!!....   TAPI SAPA YANG UNTONG!!!!??....

Suatu masa di waktu itu(apa mamak-mamak?)

Teringat dulu2..diwaktu kecik2...diwaktu kasut sekolah ku berjenama alliph..diwaktu jenama kasut bola ku bata..jenama bola pula mikasa...diwaktu tv masih didalam kotak bertutup..tiada kaler..diwaktu SATE RIA bermaharajalela..diwaktu Mcdonald,KFC dan A&W bru nak cari tapak kat malaysia...makanan utama datuk2,nenek2,ibubapa, warga masyarakat ialah makanan masakan MELAYU!!...Minum kopi makan roti baku...bukan teh tarik roti canai..APA MAMAK-MAMAK? SAPA MAMAK? mamak tak femes langsong mase tu la...skang? macam monyet gila kat pisang...pantang tengok mamak...

Thursday, October 7, 2010

Tuuuu Belanjawan...

duit dalam tangan rm60 bilion... rakyat malaysia 27 juta orang. ambil rm1 bilion daripada rm60 bilion itu...sedekahkan rm1 juta kepada setiap seorang rakyat malaysia.... hasilnya: rakyat malaysia akan kaya raya dan tiada yang miskin atau papa kedana!!!

* rm1 bilion = rm1000 juta (@1.000.000.000)
rm1000 juta tolak rm1 juta seorang (baca: kira +-30 juta rakyat)
baki: (.....)??

lu pikir sendri la bro...-) 


Ilham dari Pyan Habib...
 

Wednesday, October 6, 2010

Sajak dr Pyan Habib

Ma'afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang, 
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini.................. 
Apabila orang telah sedia duduk,                                       
aku bangun berdiri                                                              
Apabila orang bertepok,                                                     
aku diam                                                                              
Apabila orang orang ghairah berbincang,                          
aku tidor                                                                               
Apabila orang membaca zikir,                                              
aku takot mati   Ma'afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang  
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini  
Orang lain sudah merdeka,  
aku belum  
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,  
walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!" 
biarkan........., biarkan..................  
Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu kecot!" Melayu kata "Melayu takot!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya. 

KUDALARI dan kaitannya dgn Robot lalat....jet pejuang break emergency.....

Salam...Mubaraqah...

Apa ke halnya tajok ini? robot lalat? jet brek emergency? ape kejadahnya?
Tunggu....InsyaAllah.

Monday, October 4, 2010

dan kemuncak kegampangan pon menlanda

Bismillahirrahmanirrahim....

Sedang aku leka dibuai angin bayu pagi..dan suasana hiruk piruk manusia mengejar waktu dunia..aku tersentak oleh kejadian yang mampu bikin hati ku menjadi hitam...Makian dan kebimbangan yg di hemburkan selama ini singgah menjengah betul-betul di belakang ku..wahhh...hebat...BEDENTOM!!...Nah..keluarlah PARASIT jalan raya yang sememangnya aku laknat selama nih....mahkluk ini telah 'mencium' bontot mobilku...menambah bukti teori yang selama ini aku teorikan....

Wednesday, September 29, 2010

Pergi Jauh..

pergilah kau jauh . .
dari hadapanku..
dari kehidupanku..
muak bila ku harus terus bersamamu..

kini..
tak usah ucapkan janji-janji..
jika ini adalah akhir
dari semua kemunafikan mu..
dari semua embel-embelmu..

tak ada suatu kenangan indah
yang terekam dalam memoriamku..
.......
pergilah jauh..
tak usah kau menoleh kembali..
tak usah kau rindu hati yang benci

Monday, September 27, 2010

kepongpong parasit

salam sahabat2...

Pagi ni aku memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan hati berbunga-bunga.
Bukan kerana baru nak bercinta tetapi melayang melayan perasaan dek ditimpa angin pagi..dan cahaya muda pagi yang amat mesempoikan keadaan...namun  rockers x bererti heavymetal...lamunan perasaanku disentap hebat oleh makhluk Allah ini...aku benar-benar disentap dgn mereka2 ini di saat permulaan hari yg aku anggap permai itu...Mereka ini lah yg aku gelarkan PARASIT jalanraya.!!...hari makin hari aku mmg x dapat nak tahan tahap kebengangan aku terhadap si tertuduh2 ini...seolah-olah kita semakin ketandusan lelaki yg mampu menjadi lelaki berupaya...aku yakin korang masih terkial-kial utk faham apa yg aku bebelkan ni...jgn risau..aku akan terangkan perlahan-lahan nanti....Wallahualam..

Thursday, September 23, 2010


Aku adalah sendiri
Seperti nyanyian bayu
Dan rembulan

Aku adalah ramai
Seperti nyanyian hujan
Dan bintang

Dalam diam
Dalam ramai
Aku adalah aku

Dalam tenang
Dalam ragu
Aku adalah aku

limpahan serbuk2 wangi...

Assalamualaikum...

Lantaran kedaifan,kekurangan dan kekotoran yang bermaharajalela dalam diri...membuatkan aku terpinga-pinga, terhegeh-hegeh dalam cubaan menyelamatkan diri, mencari ruang....

Salam pada seluruh sahabat-sahabatku, yang mencetus membakar semangat hamba hina ini dalam menzahirkan blog ini, ribuan terima kasih.

Wallahualam....