Tuesday, December 14, 2010

mini ambo

salam..pada tanggal 30/12/10...menjadi hari bersejarah,,,karna pada lewat sore itu..aku dikurniakan Allah swt kurnia yg besar dlm hidup aku...rintih isteri sepanjang hari...derita sakit yg seperti tidak tertanggung setiap saat dan minit yang berlalu...memercikkan peluh juang yang tidak mungkin aku lupakan...air matanya setitik demi setitik mengalir dari hujung mata turun ke dagu...dari seawal jam 8 pg sehingga lewat 10 malam...tidak henti2 wanita ini berjuang untuk anak dan bahagia suaminya...Agung nya perjuangan mu isteriku...Terbit pula rasa marah dan kecewa yg menerajang dengan sikap misi2 kerajaan ini..bahasanya sudah cukup untuk membuatkan aku meludah dan meludah lagi ke mukanya..tapi biarkan..karna bukan dia yg menjadi tumpuan aku pada detik merah itu... isteri aku masih lagi tidak menunjukkan tanda2 maju..dengan kehendak Allah swt.. setelah seksa derita lebih dari 11 jam di bilik bersalin...barulah  para doktor telah memutuskan untuk meneruskan ke prosedur pembedahan...cara terakhir...lalu disiapkan isteri..dialih ke bilik bedah...dan aku hanya dapat menghantar sahingga ka pintu dewan bedah saja...duduk..berdiri..mengcangkung..melitup..menyandar apa saja telah aku lakukan utntuk menenangkan sesaat kebimbangan di hati...tepat jam 10.24 mlm..sayup2 kedengaran satu suara yang amat aku dambakan selama sembilan bulan ini....iya...itulah suara anak perempuan kami...yang telah selamat di lahirkan....selepas 2 jam di bilik pembedahan..buat pertama kalinya aku dapat melihat anak dan isteri aku ditolak keluar dari bilik pembedahan..isteriku hanya tersenyum padaku..senyuman yg sgt indah,,yg ternilai kemanisannya..seolah puas dan bangga karna dapat berkhidmat dan berbakti padaku dengan kurniaan Allah swt ini..dan anak ku disisinya..matanya dibuka perlahan2 dan sekejap tertutup....setinggi2 syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi dengan pemberian ini....RAISHA HANIIN AMANI BT MOHD HANIFF...