Tuesday, November 23, 2010

Mak

Mak,
Jangan menangis lagi
Melihatmu bersedih
Hati aku turut pedih
Mak,
Jangan menangis lagi
Melihat air matamu bergenang
Aku turut dilanda bimbang
Mak,
Jangan menangis lagi
Melihat wajahmu muram
Aku hanya mampu berdiam
Mak,
Aku ingin bungkuskan pelangi
Supaya kau tersenyum kembali
Aku ingin kalungkan bintang
Supaya kau tertawa riang
Tapi yang ku mampu
Hanyalah secangkir kopi
Buat pembalut sepi…

Kalau Bapak Mahu Bermain Api


 
Kalau bapak mahu
bermain dengan api
bapak harus tahu
mengepung liuk lentoknya
kerana api bukanlah api
jika tak gila menyambar
bila dibiar meliar 
 
Api adalah nikmat
kerana dengannyalah setiap hari
ibu memasak
makanan berkhasiat jadi enak
dan minuman hangat
yang mengirim semangat
ke dalam jantung kami
 
Tapi kalau bapak mahu
bermain juga dengan api
sekadar cuba-cuba
demi puja-puji
fikirlah seribu kali
bimbang kelak jadi abu
rumah kecil kita ini.
 

sabar dan tabah

setiap yang berlaku ada hikmahnya....
kepada sahabat ku sum dan isteri...
harap tabah dan sabar yang hebat
ada masa cuba lagi....