Friday, October 8, 2010

Melayukah kamu? Aku juga bukan melayu itu!!

Selama lbh 45 tahun tenaga kita diperah oleh bangsa MATA SEPET...apa jadi pada mereka sekarang?  Dan apa pulak yang  jadi pada penyanyi 60an?70an?80an?90an? zaman sekarang?....hanya tinggal kenangan aje..! jadi telaga-telaga kosong! Habok!! Apa jadi pada P.Ramlee? R.Azmi? anak2 mereka? Kenapa kita lambat sangat nak sedar?? Sudahlah kita ditindas oleh mat saleh.. Apakah kita mesti lagi ditindas? Muzik MELAYU!.....penyanyi MELAYU!.......pencipta MELAYU!.......penerbit MELAYU!......pembeli pon MELAYU!!....   TAPI SAPA YANG UNTONG!!!!??....

Suatu masa di waktu itu(apa mamak-mamak?)

Teringat dulu2..diwaktu kecik2...diwaktu kasut sekolah ku berjenama alliph..diwaktu jenama kasut bola ku bata..jenama bola pula mikasa...diwaktu tv masih didalam kotak bertutup..tiada kaler..diwaktu SATE RIA bermaharajalela..diwaktu Mcdonald,KFC dan A&W bru nak cari tapak kat malaysia...makanan utama datuk2,nenek2,ibubapa, warga masyarakat ialah makanan masakan MELAYU!!...Minum kopi makan roti baku...bukan teh tarik roti canai..APA MAMAK-MAMAK? SAPA MAMAK? mamak tak femes langsong mase tu la...skang? macam monyet gila kat pisang...pantang tengok mamak...

Thursday, October 7, 2010

Tuuuu Belanjawan...

duit dalam tangan rm60 bilion... rakyat malaysia 27 juta orang. ambil rm1 bilion daripada rm60 bilion itu...sedekahkan rm1 juta kepada setiap seorang rakyat malaysia.... hasilnya: rakyat malaysia akan kaya raya dan tiada yang miskin atau papa kedana!!!

* rm1 bilion = rm1000 juta (@1.000.000.000)
rm1000 juta tolak rm1 juta seorang (baca: kira +-30 juta rakyat)
baki: (.....)??

lu pikir sendri la bro...-) 


Ilham dari Pyan Habib...
 

Wednesday, October 6, 2010

Sajak dr Pyan Habib

Ma'afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang, 
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini.................. 
Apabila orang telah sedia duduk,                                       
aku bangun berdiri                                                              
Apabila orang bertepok,                                                     
aku diam                                                                              
Apabila orang orang ghairah berbincang,                          
aku tidor                                                                               
Apabila orang membaca zikir,                                              
aku takot mati   Ma'afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang  
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini  
Orang lain sudah merdeka,  
aku belum  
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,  
walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!" 
biarkan........., biarkan..................  
Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu kecot!" Melayu kata "Melayu takot!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya. 

KUDALARI dan kaitannya dgn Robot lalat....jet pejuang break emergency.....

Salam...Mubaraqah...

Apa ke halnya tajok ini? robot lalat? jet brek emergency? ape kejadahnya?
Tunggu....InsyaAllah.

Monday, October 4, 2010

dan kemuncak kegampangan pon menlanda

Bismillahirrahmanirrahim....

Sedang aku leka dibuai angin bayu pagi..dan suasana hiruk piruk manusia mengejar waktu dunia..aku tersentak oleh kejadian yang mampu bikin hati ku menjadi hitam...Makian dan kebimbangan yg di hemburkan selama ini singgah menjengah betul-betul di belakang ku..wahhh...hebat...BEDENTOM!!...Nah..keluarlah PARASIT jalan raya yang sememangnya aku laknat selama nih....mahkluk ini telah 'mencium' bontot mobilku...menambah bukti teori yang selama ini aku teorikan....