Tuesday, November 23, 2010

Kalau Bapak Mahu Bermain Api


 
Kalau bapak mahu
bermain dengan api
bapak harus tahu
mengepung liuk lentoknya
kerana api bukanlah api
jika tak gila menyambar
bila dibiar meliar 
 
Api adalah nikmat
kerana dengannyalah setiap hari
ibu memasak
makanan berkhasiat jadi enak
dan minuman hangat
yang mengirim semangat
ke dalam jantung kami
 
Tapi kalau bapak mahu
bermain juga dengan api
sekadar cuba-cuba
demi puja-puji
fikirlah seribu kali
bimbang kelak jadi abu
rumah kecil kita ini.
 

No comments:

Post a Comment